Tuesday, December 31, 2013

last day dak belasan

assalamualaikum..
dengan nama ALLAH tuhan ku dan tuhan mu..

hari ini merupakan hari last aku sebagai budak belasan tahun..ya..aku budak 19 tahun yang bakal menginjak ke usia 20..jarak masa hanya setahun tapi membawa banyak makna kepada aku..sudah besar rupanya aku ya..pernah seseorang memberitahuku.."taon depey 20 doh awok ni..cukup-cukuplah perangai budok2 deh.."(sengal btol..macam lah aku ni budak2 sangat..hee)..

kalau ditanya sudah sediakah aku menjadi a 20 years old girl?..entah..tak bersedia lagi?..pun entah..setingkat umur kita meningkat bermakna kita dah menambah setahun pengalaman..seronok tambah pengalaman..bagi aku..tahun ini aku lebih menghargai setiap hari yang aku lalui berbanding tahun-tahun lepas..aku agak beriman dengan perkataan ini..
"apa yang berlaku sekarang harus digarap dan manfaatkan kepentingannya sekarang kerana kalau ditunggu untuk digarap pada masa hadapan,nanti manfaat lain pula akan datang pada masa hadapan"

baiklah..selama 19 tahun ni..

terima kasih ALLAH kerana memberi aku nyawa untuk hidup..
memberi aku nikmat mata.hidung.tangan.kaki.mulut dan segalanya secara free..
terima kasih ALLAH melahirkan aku dalam Islam..
terima kasih ALLAH untuk segalanya..



terima kasih  Muhammad kerana mencintai aku dengan sepenuh jiwamu..



terima kasih mok dan ayoh kerana menyayangi aku dari baby hingga sekarang..

 
terima kasih family yang ambil berat tentang aku..

terima kasih sahabat-sahabat yang selalu ada saat susah dan senang..
(tak mampu nak letak..sume gmbo tak senonoh..hoho)

terima kasih guru-guru yang dah aku anggap kalian sebagai murobbi aku..

terima kasih Kolej Islam..


selamat tahun baru semua..manfaat 2014 sepenuhnya.,
ikhlas : wnawmp