Saturday, January 14, 2012

wajibat 38 i

assalamualaikum...
dengan nama ALLAH..tuhanku dan tuhanmu....

wajibat 28 adalah kewajipan-kewajipan yang harus kita lakukan di sepanjang kita melalui atau menempuh Jalan Dakwah dalam menuju kepada Allah swt. Kekurangan atau kepincangan dalam melaksanakannya sering menyebabkan seseorang tergelincir menyimpang dari Jalan sebenar atau berada di dalam Jalan tetapi berhenti di pertengahannya sahaja. Dalam kedua-dua hal di atas, kesudahannya ialah dia tidak kesampaian ke hujung Jalan.

TAJUK-TAJUK WAJIBAT 38

  1. Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
  2. Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.
  3. Jagalah kesihatan.
  4. Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejas kesihatan.
  5. Sentiasa berada dalam kebersihan.
  6. Jangan bercakap bohong.
  7. Jangan memunkiri janji.
  8. Jadilah seorang yang berani.
  9. Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
  10. Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
  11. Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
  12. Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
  13. Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
  14. Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
  15. Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
nantikan sambungan nya....
semoga lahirlah generasi-generasi yang akan menggantikan imam Hassa al Banna...

ikhlas:dielah_style....hehe.....

No comments: